Monday, July 11, 2011

kuantan trip

minggu sudah kami ke kuantan. ada kenduri kawin. sambil menyelam sambil minum air la kan. since semua family joined (in-law side) kenduri kawin dah jadi acara cuti tahunan kami . jumaat kami gerak ke kl satay one night kat rawang the next morning terus gerak ke kuantan. singgah jap genting sempah untuk breakfast sekali ramai la pulak orang. rombongan budak kilang dari johor buat family day kat genting. nak makan pun x de tempat. Perjalanan ke kuantan mengingatkan aku kenangan balik kel dulu-dulu kala  . jalan bengkang bengkok. kalau dulu time balik kel je aku ambik bas trip malam senang naik bas terus tido x yah pikir nak muntah ke apa ke sedar-sedar sampai merapoh dah. dulu aku pernah sekali ambik bus trip siang kesudahannya aku muntah sepanjang perjalanan dari karak highway sampailah ke merapoh.! tu belum campur dengan kisah aku jatuh terduduk atas orang masak nak g toilet untuk muntah ! gila malu bila ingat-ingat balik ;-) sampai je machang brader belakan aku bagi limau cina 2 biji. dalam hati aku buat apa bagi abang oii dah sampai kb dah ni muntah aku pun dah x de isi nak kuar. tapi yang terkeluar kat mulut x pela saya dah ok hipokrit kan hheheheh. since tu sumpah aku x nak naik bas trip siang lagi. 

ok back to trip ke kuantan. masa kat karak highway aku dah start risau dah, tapi nasib la aku dapat driver kelas satu hihi x muntah langsung jangan kata muntah pening sikit pun x de. dalam kul 11 dah sampai umah kenduri since kenduri tu belah mak mertua aku , semua guna bahasa jawa la bila berjumpa n aku nganga la jawapnya.

kat kuantan kami stay kat MARA guess house since adik ipar aku lacturer dapat la harga umah tu RM30 semalam sungguh la jimat. petang tu kami ke teluk cempedak plan asal semua x nak mandi sampai je pantai plan berubah terus nak mandi semua. sudahnya aku pergi beli baju untuk buat mandi seluar recycle seluar semalam hahhaha. yayang still in us mode time tu x tahan panas dok bawah pokok je ajak main air pun x mau.rugi betul ! Apa yang menarik kat teluk cempedak ni MC'D n KFC tepi laut syok betul ! patut la member aku si cheng kercheng iya suruh aku gi teluk cempedak ;-)

Malamnya kami dinner kat tanjung lumpur makan the best ikan bakar sambal petai.since sekarang aku dah pandai makan petai terus jadi dibest sambal petai ni kuikuikuikui. aku cuma sempat ambik gambar kat tempat makan ni je . gambar wedding n mandi-manda kat teluk cempedak x diambil sebabnya malas nak keluarkan camera. bukan sebab x bawak ek . lepas makan ingat nak jalan-jalan lagi tapi semua orang dah flat dah , kesudahannya balik tidur jela lagi bagus ....zzzzzzz

sebelum gerak balik kami singgah beli keropok lekor untuk bawak bekal. plan asal nak balik ikut terengganu n kelantan last minute yayang tukar plan sebab ingat nak singgah kl jumpa abah. sekali abah pun x sempat jumpa terus balik ke penang. alasan yayang
kalau balik ikut kel jalan pusing-pusing jet lag x hilang lagi kan kalau mengantuk susah pulak nak berhenti rehat. aku ikut je mana yang baik .isteri solehah kan ;-)


acara bergambar sebelum makan adalah wajib untuk kami laki-bini.


walaupun fokus untama nak ambik gambar orang lain muka aku tetap nak menyelit masuk.
 time ni makanan x ready lagi.
masing-masing kuka tahan lapar aku muka control la steady je...



Acara borok-borak kosong time ni dok tunggu keropok lekor sedap.
 menantu baik mesti duduk depan in-law wakakakkakkak masuk bakul angkat sendiri


Sebab semua dah kebulur within split second je makanan dah habis.
 aku sebab dah kenyang makan keropok lekor nasik makan sikit je. ;-)


Since aku paling awal habis makan tugas baby sitter secara x rasminya jadi milik aku hehehhe.
Tapi aku suka. anak sedara aku kata
'alang ni cantik la " hahahah anak sedara aku cakap bukan aku tau !
love u la uda u r my girl so clever nanti alang bagi lolipop lagi besar hehehehe



Ini dia world class pilot !
i love u jugak !



And me world class co-driver !
love u too sayang ** yayang yang cakap ok 



The most naughtiest fella heheheheh. ni pun baru balik us jugak orang punya sejuk hujan campur air-cond ,
 dia selamba je tido x pakai baju  !



Sepanjang jalan hujan turun dengan selebat-lebatnya. nasib world class pilot yang drive bukan aku heheheheh.


Reach Penang dalam kul 9 lebih macam tula singgah umah in-law sekejap then terus balik umah tido . Nasib aku mabik cuti extra satu hari boleh la rehat lagi.

Sekian.next trip ke kelantan pulak ye...;-)



No comments:

Post a Comment